Ketahuilah hakikat, setiap manusia mempunyai kelebihan,
keistimewaan, kekurangan dan juga kelemahan. Kerana itulah manusia itu tidak
mampu lari dari kesilapan. Akan tetapi bukanlah menjadi satu alasan untuk kita
terus mengulangi kesilapan yang sama, kerana Allah telah memerintahkan
hamba-hambaNya supaya sentiasa bertaubat dan memohon keampunan dariNya.
"Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."[An-Nisa' ayat 110]
"Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah keampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."[Al-Mukmin ayat 55]
Kekadang, ujian dan dugaan yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala meliputi kekurangan dan kelemahan berbanding dengan kekuatan dan kelebihan hamba-hambaNya. Kerana apa Allah takdirkan sebegitu?
Jawapannya adalah, dengan ujian dan dugaan yang merangkumi semua itu akan menyedarkan kita tentang kekurangan dan kelemahan diri kita. Maka, menjadi tanggungjawab kita dan terserah kepada kita samada untuk mengambil manfaat atau sebaliknya atas setiap ujian dan dugaanNya yang melanda itu.
Itulah hikmah Allah timpakan sesuatu dugaan dan ujian itu lebih banyak meliputi kekurangan dan kelemahan pada diri hamba-hambaNya, agar sudut yang lemah menjadi kuat, yang kurang menjadi sempurna. Kerana ujian dan dugaan itulah yg mematangkan jiwa dan akal fikiran kita dalam menjalani dan mengharungi seluruh kehidupan dunia.. Subhanallah.

No comments:
Post a Comment