Wednesday, 28 December 2011

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Ketahuilah hakikat, setiap manusia mempunyai kelebihan, keistimewaan, kekurangan dan juga kelemahan. Kerana itulah manusia itu tidak mampu lari dari kesilapan. Akan tetapi bukanlah menjadi satu alasan untuk kita terus mengulangi kesilapan yang sama, kerana Allah telah memerintahkan hamba-hambaNya supaya sentiasa bertaubat dan memohon keampunan dariNya.

"Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."[An-Nisa' ayat 110]

"Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah keampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."[Al-Mukmin ayat 55]

Kekadang, ujian dan dugaan yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala meliputi kekurangan dan kelemahan berbanding dengan kekuatan dan kelebihan hamba-hambaNya. Kerana apa Allah takdirkan sebegitu?

Jawapannya adalah, dengan ujian dan dugaan yang merangkumi semua itu akan menyedarkan kita tentang kekurangan dan kelemahan diri kita. Maka, menjadi tanggungjawab kita dan terserah kepada kita samada untuk mengambil manfaat atau sebaliknya atas setiap ujian dan dugaanNya yang melanda itu.

Itulah hikmah Allah timpakan sesuatu dugaan dan ujian itu lebih banyak meliputi kekurangan dan kelemahan pada diri hamba-hambaNya, agar sudut yang lemah menjadi kuat, yang kurang menjadi sempurna. Kerana ujian dan dugaan itulah yg mematangkan jiwa dan akal fikiran kita dalam menjalani dan mengharungi seluruh kehidupan dunia.. Subhanallah.

Wednesday, 21 December 2011

Menjaga Hati


Kekadang kita terlalu bimbang jika kita tak disukai atau dibenci oleh manusia, hingga ada satu saat kita berasa lemah dan bersedih jika diantara mereka membenci kita. Kekadang kita terlalu berharap dan ingin menjaga hati mereka, sampai tidak mahu mereka kecewa dan berdukacita, walhal mereka tidak pernah pun cuba memahami diri kita.

Keadaan ini pasti membuatkan kita mudah resah gelisah, rasa serba salah dan sebagainya, hingga adakalanya terasa 'berserabut' sentiasa dalam mencari jalan penyesalaiannya.

Namun janganlah mudah rasa gelisah dan resah hingga membebankan jiwa, kerana jalan penyelesaiannya ada pada Allah Ta'ala. Jika dirimu terasa kesunyian dan keseorangan, ingatlah bahawa Allah sentiasa disisimu dalam kehidupan..

Janganlah terlalu mencari dan menjaga pandangan manusia, sedangkan pandangan Allah Ta'ala tidak terjaga. Kerana pandangan manusia itu sukar untuk dijaga kerana mereka adalah hambaNya yang tidak sempurna dan banyak ragam serta karenahnya.. Dan Dia adalah Tuhan sekalian 'alam semesta.

Maka utamakanlah apa yang lebih utama, kelak yang selebihnya pasti akan hadir tanpa disangka-sangka...

"Jangan resah seandainya ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah seandainya Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat." [Imam Al-Ghazali]

(Kini ku menyedari hakikatnya.. Belajar dari pengalaman..)