Wednesday, 21 December 2011

Menjaga Hati


Kekadang kita terlalu bimbang jika kita tak disukai atau dibenci oleh manusia, hingga ada satu saat kita berasa lemah dan bersedih jika diantara mereka membenci kita. Kekadang kita terlalu berharap dan ingin menjaga hati mereka, sampai tidak mahu mereka kecewa dan berdukacita, walhal mereka tidak pernah pun cuba memahami diri kita.

Keadaan ini pasti membuatkan kita mudah resah gelisah, rasa serba salah dan sebagainya, hingga adakalanya terasa 'berserabut' sentiasa dalam mencari jalan penyesalaiannya.

Namun janganlah mudah rasa gelisah dan resah hingga membebankan jiwa, kerana jalan penyelesaiannya ada pada Allah Ta'ala. Jika dirimu terasa kesunyian dan keseorangan, ingatlah bahawa Allah sentiasa disisimu dalam kehidupan..

Janganlah terlalu mencari dan menjaga pandangan manusia, sedangkan pandangan Allah Ta'ala tidak terjaga. Kerana pandangan manusia itu sukar untuk dijaga kerana mereka adalah hambaNya yang tidak sempurna dan banyak ragam serta karenahnya.. Dan Dia adalah Tuhan sekalian 'alam semesta.

Maka utamakanlah apa yang lebih utama, kelak yang selebihnya pasti akan hadir tanpa disangka-sangka...

"Jangan resah seandainya ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah seandainya Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat." [Imam Al-Ghazali]

(Kini ku menyedari hakikatnya.. Belajar dari pengalaman..)

No comments:

Post a Comment